Popular Posts

Wednesday, September 23, 2015

Pages Kami di Facebook www.facebook.com/BengkungMamaAnggun

Hanya Yang Pakar Sahaja Mengetahui Kehendak Pelanggannya.
Syukur Alhamdulillah

                                             www.facebook.com/BengkungMamaAnggun


1 comment:

atikabeauty said...

MEMPEROLEH badan yang sihat dan langsing seperti sedia kala menjadi idaman wanita yang baru saja melahirkan anak. Namun ada wanita beranggapan proses berpantang selama 44 hari adalah tempoh masa membosankan. Begitupun bagi ibu yang tahu akan rahsia berpantang, akan menggunakan masa sebaiknya serta menjaga tingkah laku, makan, minum serta amalan tradisional mengikut warisan pusaka nenek moyang bagi mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam.

Amalan berpantang mempunyai banyak kebaikan bukan saja kepada ibu, malah bayi yang baru dilahirkan. Ini kerana wanita bersalin memerlukan sokongan serta bimbingan dari segi emosi dan fizikal kerana kehilangan banyak tenaga ketika proses bersalin, sekali gus menyembuhkan luka dan kesakitan selepas bersalin.

Justeru, ibu dinasihatkan mengamalkan pemakaian bengkung, bertungku dan mandi herba secara eksklusif dalam tempoh tertentu sekiranya ingin kembali sihat, langsing serta cergas. Berbengkung berfungsi untuk mengelakkan kemasukan angin sejuk pada liang perut serta memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor menerusi ikatan barut dan ubat yang sempurna.

Bengkung juga digunakan untuk membantu mengempiskan perut dan bahagian berlemak yang terdapat pada paha dan punggung. Pemakaian bengkung yang kemas dan ketat membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat serta mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu yang menyusukan bayi mereka.

Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul, justeru, bengkung baik untuk menyokong tulang kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang sepenuhnya.
Selain itu, bengkung menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.

Bengkung yang baik mempunyai diameter panjang daripada paras payudara sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim serta membataskan pergerakan anda.
Bagi ibu yang melahirkan anak secara normal, bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi.

Pemakaian bermula hari keempat sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki. Bagi mendapat kesan maksimum pakai minyak panas dulu sebelum berbengkung.

Bagi ibu yang melahirkan anak secara pembedahan, pemakaian bengkung boleh dimulakan seawal hari ke-14. Sebaik-baiknya anda mempunyai dua bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya.